Saturday, December 20, 2014

Ahlan Wasahlan 2015

Assalamualaikum w.b.t... semoga para pembaca sihat sentiasa dan di dalam rahmat Allah hendaknya. Tahun 2014 berbaki 10 hari saja lagi, 2015 bakal menjelma. Rata-rata ibubapa sedang sibuk mempersiapkan segala keperluan anak-anak memulakan sesi persekolahan yang baru, moga berjalan lancar segala urusan anda. Semakin dekat 2015, semakin rancak orang berbicara tentang kegawatan ekonomi yang bakal melanda kita semua nanti. Bimbang mampukah agaknya kita menempuhi cabaran-cabaran itu yang disifatkan begitu "uncertain", tak mampu nak bayangkan. Justeru, saya yakin anda pun sedang berusaha untuk menambahkan sumber pendapatan dengan pelbagai cara. Doa saya moga anda mendapat bimbingan Allah s.w.t. untuk mudah mendapatkan extra income dengan sumber yang halal dan diberkati olehNya.

Alhamdulillah Sapri Plumbing sudah 6 tahun beroperasi. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang banyak memberi sokongan sepanjang 6 tahun ini. Jatuh bangun itu sudah menjadi lumrah. Kami berdoa moga kami juga lebih kuat untuk menghadapi cabaran 2015 nanti. Kami masih beroperasi di sekitar kawasan Kota Damansara, Sungai Buloh, Subang (airport), Tropicana dan meluaskan sedikit ke kawasan TTDI, Bandar Utama dan Ara Damansara. Kepada pelanggan kami yang pernah menggunakan servis kami, kami sudah tidak menggunakan nombor telefon yang anda simpan dahulu atas sebab-sebab teknikal. Sila hubungi kami di talian baru 011-23083626 atau 018-2184607

Akhir kata, semoga kita semua dilimpahi keberkatan rezeki yang melimpah ruah di hari-hari mendatang. Juga semoga kita semua menjadi insan yang lebih dekat dengan Maha Pencipta seiring dengan bertambahnya usia sehari demi sehari. Amiin. HasbunaLLahu wani'mal wakil.