Tuesday, September 15, 2009

TANGKI AIR RUMAH KITA ... BERSIHKAH IA??

Nampaknya dah 3 minggu kita berpuasa dan tak lama lagi, Syawal pula menjelang. Di kesempatan ini, kami di Sapri Plumbing ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada anda semua. Berhati-hati di dalam perjalanan anda ok, semoga segalanya berjalan lancar...

Berbalik pada topik kali ni, saya ingin mengajak anda membaca artikel ini. Mungkin dahi anda berkerut2 sekarang ni tengok gambar tangki tu :). Cuba bayangkan pula, sekiranya tangki itu adalah tangki air di rumah anda sendiri, yang menyimpan bekalan air untuk mandi, mencuci pinggan mangkuk atau memasak.

Seeloknya, tangki air dicuci paling kurang setahun sekali. Lebih kerap anda mencucinya... lebih baik, supaya hilang keladak yang berkumpul. Berkemungkinan lumut pun ada di dinding dalam tangki. Sekiranya anda masih menggunakan tangki besi (rumah / bangunan lama), dan anda dapati tangki itu sudah mula berkarat, mungkin dah tiba masanya anda survey tangki-tangki baru yang ada di pasaran. Sayangi kesihatan anda dan keluarga anda :).

***********************************************************************************
P/S: Kepada penduduk di sekitar kawasan Hulu Langat, sila rujuk notis gangguan bekalan air pada 16 September 2009 (Rabu) dan 17 September 2009 (Khamis).