Salam sejahtera pembaca blog semua. Sedar tak sedar dah 6 bulan tak update blog. Kalau orang mengandung, dah nak bersalin dah... Rasanya belum terlewat untuk kami ucapkan “Selamat Tahun Baru”, semoga tahun 2011 ni lebih memberi kejayaan & keceriaan kepada anda, dan semoga tercapai segala azam anda tahun ni.
Kami mulakan tahun baru dengan projek di Kota Damansara. Kerja-kerja yang terlibat: menukar tangki bilik air, membaiki saluran sinki tersumbat, membaiki saluran tersumbat ke mainhole dan membaiki tabung tandas.
Kerja 1) Menukar tangki bilik air
tangki lama (besi)
selepas tukar tangki baru... tambah shower sekali
tangki baru (poli)
bahagian dalam tangki besi... adakah tangki di rumah anda begini juga? Sila baca post yang terdahulu tentang tangki berkarat
Kerja 2) Membaiki saluran sinki tersumbat
sebelum
selepas... saluran baru di bawah sinki
Kerja 3) Membaiki saluran tersumbat ke mainhole
sebelum... saluran tersumbat di beranda
selepas... terpaksa buat saluran baru kerana tak berjaya mencari punca saluran ke mainhole tersumbat
dalam usaha mencari punca saluran ke mainhole tersumbat
Kerja 4) Membaiki tabung tandas
hanya pelampung dan flush yang kami baiki. Lain-lain masih berfungsi dengan elok (gambar adalah sebelum pelampung dibaiki)
Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada En Fahim (owner rumah) atas support dan kerjasama beliau. Walaupun penat dan badan basah kuyup dengan peluh, kami lega bila akhirnya kerja selesai dengan sempurna dan kami berpuashati bila customer juga berpuashati dengan hasil kerja kami.
Nampaknya dah 3 minggu kita berpuasa dan tak lama lagi, Syawal pula menjelang. Di kesempatan ini, kami di Sapri Plumbing ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada anda semua. Berhati-hati di dalam perjalanan anda ok, semoga segalanya berjalan lancar...
Berbalik pada topik kali ni, saya ingin mengajak anda membaca artikel ini. Mungkin dahi anda berkerut2 sekarang ni tengok gambar tangki tu . Cuba bayangkan pula, sekiranya tangki itu adalah tangki air di rumah anda sendiri, yang menyimpan bekalan air untuk mandi, mencuci pinggan mangkuk atau memasak.
Seeloknya, tangki air dicuci paling kurang setahun sekali. Lebih kerap anda mencucinya... lebih baik, supaya hilang keladak yang berkumpul. Berkemungkinan lumut pun ada di dinding dalam tangki. Sekiranya anda masih menggunakan tangki besi (rumah / bangunan lama), dan anda dapati tangki itu sudah mula berkarat, mungkin dah tiba masanya anda survey tangki-tangki baru yang ada di pasaran. Sayangi kesihatan anda dan keluarga anda .
Syukur... setelah 2 hari 2 malam 'berkhemah' di UIA Gombak, akhirnya siaplah kerja2 tersebut. Kepada team members yang sama2 'berkhemah' di sana dan dah jadi ala2 zombie sebab tak cukup tidur, terima kasih banyak2. Kami juga amat menghargai kerjasama En. Muhd. Faizal dari 2F VENTURES SDN. BHD., right from the very beginning until the final touch up. Bro Faizal... tabik spring la sama lu!
------------------------------------------------------------------------------------- Nak sambung sikit tips untuk menghalang paip tersumbat, dan ni specific untuk saluran paip toilet. Kami perhatikan, kes2 paip toilet tersumbat banyak disebabkan oleh terkumpulnya bahan2 buangan seperti diapers, tuala wanita dan tisu. Alangkah bagusnya kalau kita boleh mendisiplinkan diri, sediakan tong sampah di toilet, buang bahan buangan tadi ke dalam tong sampah, dan pastikan flush hanya bahan yang 'flushable' sahaja.
Kepada pembaca yang pernah tinggal di asrama, agak2nya, antara Asrama Wanita & Asrama Lelaki, asrama mana yang lebih kerap berlaku toilet tersumbat? Masa saya tinggal di asrama dulu, Asrama Wanita paling kerap tersumbat dek kerana tuala wanita.
Jadi, timbang-timbangkanlah. Sentiasa remind diri sendiri dan orang2 yang tinggal bersama dengan kita, supaya berdisiplin. Sebab, kalau satu hari anda urgent nak guna toilet, tiba2 toilet tersumbat, sapa yang susah? Adakah mereka & keluarga mereka yang susah?
Atan bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada plumber yang dah siap repair kerosakan pam toilet di rumahnya. Dalam hatinya berkata, "Hai... melayang duit aku RM150. Padahal bukan susah sangat nak repair. Kalau la aku boleh repair sendiri, kan bagus..."
Anda pernah jadi macam Atan? Actually, anda boleh repair sendiri masalah paip yang simple. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, betul tak? But of course, kalau anda tak tahu pasal plumbing tapi nak cuba repair sendiri, kena la menuntut ilmu dulu. Jangan pula jadi "tikus membaiki labu". Nanti paip tu pula yang repair anda .
Konsep Do-It-Yourself memang dah popular di negara barat, berbanding di negara kita, konsep ni masih kurang famous. Mungkin kos servis di negara kita masih lagi rendah dan tak perlu fikir panjang untuk dial nombor telefon plumber (contoh: Sapri Plumbing, kami mengenakan caj servis yang amat berpatutan ). Di negara barat, kos servis agak tinggi, maka mereka pun terpanggil dengan konsep DIY.
Jadi.. kepada pembaca yang suka konsep DIY plumbing, kami syorkan anda baca buku2 ni: 1) Do-It-Yourself For Dummies (Donald R. Prestly) 2) Better Homes and Garden: Plumbing Step By Step (Meredith Corporation)
Ada di bookstore berdekatan. Tapi saya tak pasti berapa harga pasaran
Di samping merujuk pada buku, rujuk juga pada mereka yang tahu tentang plumbing ok. Jangan terjah je... bahaya tu. Selamat membaca & selamat mencuba.
Saya sambung dengan tips kedua untuk menghalang paip tersumbat. Tips ni, kalau anda amalkan 1 – 2 kali sebulan pun dah mencukupi.
Taburkan 1 sudu kecil serbuk penaik di sinki anda. (Kepada tuan-tuan yang tak pasti cemana rupa serbuk penaik, boleh la tanya kepada puan-puan anda. Puan-puan biasa guna serbuk penaik untuk buat kek/roti). Atau nama saintifik adalah “sodium bicarbonate” (SB). Kalau anda nak tahu, selain sebagai serbuk penaik, SB boleh digunakan untuk meneutralkan alkali dan acid, digunakan untuk perubatan, juga untuk personal hygiene (contoh seperti ubat gigi, deodorant dan membuang kelumumur) dan sebagai bahan pencuci.
Lepas tu, tuang perlahan-lahan 1 cawan cuka/jus lemon di atas serbuk penaik tadi dan biarkan selama ½ jam. Sambil tu, anda jerang air panas. Selepas ½ jam, tuang air panas ke atas campuran serbuk penaik dan cuka/jus lemon dan biarkannya mengalir ke saluran paip. Tindakbalas campuran cuka dan SB itu akan me’nyah’kan segala sisa minyak atau kotoran yang ada di dalam paip, dan air panas itu membawa campuran itu di sepanjang laluan paip tu. Jadi, seluruh paip anda akan dibersihkan. Kenapa air panas? Bukan air sejuk? Ermm… kalau anda nak jawapan saintifik, nanti saya inform lain kali ok. Saya tak habis kaji lagi . Air panas memang terbukti berkesan untuk hilangkan sisa minyak.
Jadi, kalau anda amalkan tips ni 1 – 2 kali dalam sebulan, Insya Allah, minyak dan sisa sisa lain tak sempat nak jadi penduduk tetap dalam saluran paip anda. Anda cuma perlukan masa 30 – 40 minit, 1 - 2 kali sahaja sebulan. Justeru, Yakinlah! Anda Boleh!
Limah (bukan nama sebenar.. ) tergesa-gesa pergi ke dapur... excited untuk prepare dinner... "hmm... ikan siakap & pari bakar... sayur masak lemak... sambal belacan... wow!" Sampai di dapur, dilihatnya pinggan mangkuk bertimbun di sinki. "Hai... ni pinggan tengahari tadi la ni. Anak-anak zaman sekarang, manja sangat, dah makan tak reti nak basuh pinggan.." Sambil membasuh pinggan, Limah membebel. Sambil membebel, Limah perasan yang air sinki makin lama makin naik, dan makin comot sinkinya dengan saki baki minyak dari pinggan yang dicuci.
"Alamakkk! Sinki tersumbat lagi. Baru 3 bulan lepas plumber datang buat servis. Ni dia buat hal lagi". Frust betul Limah. Punah ranah impiannya. Direnungnya ikan siakap fresh yang dah lama queue untuk dicuci dan dimasak. Nampaknya... siakap bermalam di fridge la malam ni.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Tragis kisah Limah tu ye. Saya pasti anda pun pernah mengalaminya. In fact, kebanyakan masalah customer kami pun adalah sinki tersumbat.
Anda boleh elak kes2 sinki tersumbat ni hanya dengan melakukan beberapa perkara simple. Walaupun simple, tapi sering diabaikan. Untuk post ni, saya beri 1 tip je, supaya senang nak ingat dan boleh anda amalkan selalu. Iaitu: Tukar cara anda amalkan 2 amalan seharian ini - basuh pinggan & mandi. Lain kali, saya beri tip lain pula.
Paling kerap sistem paip tersumbat sebab terlalu banyak sisa makanan dan minyak, dan juga rambut berkumpul dalam sistem paip. Oleh kerana "sikit-sikit lama-lama jadi bukit", maka lama-lama bukit pun jadi gunung.
Apa kata anda letakkan satu besi penyaring di sinki, jadi setiap kali anda basuh pinggan mangkuk, sisa sisa makanan kasar tak terus masuk ke sistem paip. Dan, jangan terus buang sisa makanan berminyak ke sinki. Buang bahan berminyak ke dalam satu plastik lain. Minyak akan memburukkan keadaan di dalam sistem paip anda. Dengan dua cara ni, anda boleh melambatkan proses pemendapan sisa sisa tadi di dalam sistem paip anda. Takde la anda jadi macam Limah, terpaksa panggil plumber setiap 3 bulan untuk buang segala mendapan tu. Boleh jimat kos!
Dari segi mandi pula, mungkin selalunya anda masuk bilik air, siram siram sikit, sabun sabun sikit, nyanyi nyanyi sikit la.. la.. la.. la.. siap, terus keluar. Pernah tak anda check, ada tak rambut anda gugur dan terus masuk ke sistem paip? Apa kata anda letak satu penyaring plastik (especially rumah lama yang penyaring plastik tu dah hilang entah ke mana). Sebelum keluar, buang rambut yang gugur tu (hmm... makin banyak rambut gugur sekarang tau!! Ekonomi makin meleset ni). Tak sampai 1 minit pun nak buang rambut tu.
Senang kan... hanya tukar sedikit cara anda amalkan 2 amalan seharian tu. You will help yourself, your family and all those people around you. Bak kata opah saya "Prevention is better than cure".