Thursday, June 18, 2009

UIA Gombak... and tips

Syukur... setelah 2 hari 2 malam 'berkhemah' di UIA Gombak, akhirnya siaplah kerja2 tersebut. Kepada team members yang sama2 'berkhemah' di sana dan dah jadi ala2 zombie :) sebab tak cukup tidur, terima kasih banyak2. Kami juga amat menghargai kerjasama En. Muhd. Faizal dari 2F VENTURES SDN. BHD., right from the very beginning until the final touch up. Bro Faizal... tabik spring la sama lu!

-------------------------------------------------------------------------------------
Nak sambung sikit tips untuk menghalang paip tersumbat, dan ni specific untuk saluran paip toilet. Kami perhatikan, kes2 paip toilet tersumbat banyak disebabkan oleh terkumpulnya bahan2 buangan seperti diapers, tuala wanita dan tisu. Alangkah bagusnya kalau kita boleh mendisiplinkan diri, sediakan tong sampah di toilet, buang bahan buangan tadi ke dalam tong sampah, dan pastikan flush hanya bahan yang 'flushable' sahaja.

Kepada pembaca yang pernah tinggal di asrama, agak2nya, antara Asrama Wanita & Asrama Lelaki, asrama mana yang lebih kerap berlaku toilet tersumbat? Masa saya tinggal di asrama dulu, Asrama Wanita paling kerap tersumbat dek kerana tuala wanita.

Jadi, timbang-timbangkanlah. Sentiasa remind diri sendiri dan orang2 yang tinggal bersama dengan kita, supaya berdisiplin. Sebab, kalau satu hari anda urgent nak guna toilet, tiba2 toilet tersumbat, sapa yang susah? Adakah mereka & keluarga mereka yang susah? :)

No comments:

Post a Comment