Monday, August 3, 2009

Gangguan bekalan air di Kota Damansara

Dimaklumkan bahawa pihak SYABAS akan menjalankan kerja-kerja 'Zero Pressure Test', dan akan menyebabkan gangguan bekalan air seperti berikut:

Tarikh : 6 Ogos 2009
Masa : 1 pagi - 4 pagi
Kawasan : Kota Damansara Seksyen 7, 8 dan 9


Zero Pressure Test adalah salah satu kaedah yang digunakan untuk mengawal kadar air yang hilang dalam sistem agihan air dari pembekal kepada pengguna. Dalam erti kata lain, jumlah air yang dibekalkan tidak selari dengan jumlah air yang dibilkan.

Semasa gangguan tersebut, anda dinasihatkan menutup injap masuk (stopcock) sebelum meter untuk mengelakkan air kotor masuk ke sistem paip di rumah anda.

Juga diharapkan anda bersiap sedia menyimpan bekalan air secukupnya untuk kegunaan semasa gangguan tersebut.

Anda boleh hubungi PUSPEL : 1800-88-5252 untuk keterangan lanjut.