Friday, May 29, 2009

Salam perkenalan

Dalam post kali ni, kami nak memperkenalkan bos kami kepada anda pembaca budiman... Sesuai dengan motto Sapri Plumbing, "Friendly Plumbers in Town", bos kami memang friendly orangnya :). Kalau anda ada terjumpa En. Sapri di sekitar kawasan servis kami, boleh lah tegur.


(En. Sapri.. dalam usaha untuk control 'macho' dan control 'perut'..:). Jgn. marah... )


En. Sapri berpengalaman selama 15 tahun dalam servis paip, termasuk kerja2 paip dengan SYABAS (dulu dikenali dengan nama JBA). Berbekalkan pengalaman tersebut, insya Allah En. Sapri dan kami stafnya, cuba memberikan khidmat yang terbaik dan professional.

OK.. jumpa lagi di lain post.

Thursday, May 28, 2009

Prevention... tips kedua...

Saya sambung dengan tips kedua untuk menghalang paip tersumbat. Tips ni, kalau anda amalkan 1 – 2 kali sebulan pun dah mencukupi.

Taburkan 1 sudu kecil serbuk penaik di sinki anda. (Kepada tuan-tuan yang tak pasti cemana rupa serbuk penaik, boleh la tanya kepada puan-puan anda. Puan-puan biasa guna serbuk penaik untuk buat kek/roti). Atau nama saintifik adalah “sodium bicarbonate” (SB). Kalau anda nak tahu, selain sebagai serbuk penaik, SB boleh digunakan untuk meneutralkan alkali dan acid, digunakan untuk perubatan, juga untuk personal hygiene (contoh seperti ubat gigi, deodorant dan membuang kelumumur) dan sebagai bahan pencuci.

Lepas tu, tuang perlahan-lahan 1 cawan cuka/jus lemon di atas serbuk penaik tadi dan biarkan selama ½ jam. Sambil tu, anda jerang air panas. Selepas ½ jam, tuang air panas ke atas campuran serbuk penaik dan cuka/jus lemon dan biarkannya mengalir ke saluran paip. Tindakbalas campuran cuka dan SB itu akan me’nyah’kan segala sisa minyak atau kotoran yang ada di dalam paip, dan air panas itu membawa campuran itu di sepanjang laluan paip tu. Jadi, seluruh paip anda akan dibersihkan. Kenapa air panas? Bukan air sejuk? Ermm… kalau anda nak jawapan saintifik, nanti saya inform lain kali ok. Saya tak habis kaji lagi :). Air panas memang terbukti berkesan untuk hilangkan sisa minyak.

Jadi, kalau anda amalkan tips ni 1 – 2 kali dalam sebulan, Insya Allah, minyak dan sisa sisa lain tak sempat nak jadi penduduk tetap dalam saluran paip anda. Anda cuma perlukan masa 30 – 40 minit, 1 - 2 kali sahaja sebulan. Justeru, Yakinlah! Anda Boleh! :)

Sunday, May 24, 2009

Prevention is better than cure...

Limah (bukan nama sebenar.. :)) tergesa-gesa pergi ke dapur... excited untuk prepare dinner... "hmm... ikan siakap & pari bakar... sayur masak lemak... sambal belacan... wow!" Sampai di dapur, dilihatnya pinggan mangkuk bertimbun di sinki. "Hai... ni pinggan tengahari tadi la ni. Anak-anak zaman sekarang, manja sangat, dah makan tak reti nak basuh pinggan.." Sambil membasuh pinggan, Limah membebel. Sambil membebel, Limah perasan yang air sinki makin lama makin naik, dan makin comot sinkinya dengan saki baki minyak dari pinggan yang dicuci.

"Alamakkk! Sinki tersumbat lagi. Baru 3 bulan lepas plumber datang buat servis. Ni dia buat hal lagi". Frust betul Limah. Punah ranah impiannya. Direnungnya ikan siakap fresh yang dah lama queue untuk dicuci dan dimasak. Nampaknya... siakap bermalam di fridge la malam ni.

--------------------------------------------------------------------------------------------------
Tragis kisah Limah tu ye. Saya pasti anda pun pernah mengalaminya. In fact, kebanyakan masalah customer kami pun adalah sinki tersumbat.

Anda boleh elak kes2 sinki tersumbat ni hanya dengan melakukan beberapa perkara simple. Walaupun simple, tapi sering diabaikan. Untuk post ni, saya beri 1 tip je, supaya senang nak ingat dan boleh anda amalkan selalu. Iaitu: Tukar cara anda amalkan 2 amalan seharian ini - basuh pinggan & mandi. Lain kali, saya beri tip lain pula.

Paling kerap sistem paip tersumbat sebab terlalu banyak sisa makanan dan minyak, dan juga rambut berkumpul dalam sistem paip. Oleh kerana "sikit-sikit lama-lama jadi bukit", maka lama-lama bukit pun jadi gunung.

Apa kata anda letakkan satu besi penyaring di sinki, jadi setiap kali anda basuh pinggan mangkuk, sisa sisa makanan kasar tak terus masuk ke sistem paip. Dan, jangan terus buang sisa makanan berminyak ke sinki. Buang bahan berminyak ke dalam satu plastik lain. Minyak akan memburukkan keadaan di dalam sistem paip anda. Dengan dua cara ni, anda boleh melambatkan proses pemendapan sisa sisa tadi di dalam sistem paip anda. Takde la anda jadi macam Limah, terpaksa panggil plumber setiap 3 bulan untuk buang segala mendapan tu. Boleh jimat kos!

Dari segi mandi pula, mungkin selalunya anda masuk bilik air, siram siram sikit, sabun sabun sikit, nyanyi nyanyi sikit la.. la.. la.. la.. siap, terus keluar. Pernah tak anda check, ada tak rambut anda gugur dan terus masuk ke sistem paip? Apa kata anda letak satu penyaring plastik (especially rumah lama yang penyaring plastik tu dah hilang entah ke mana). Sebelum keluar, buang rambut yang gugur tu (hmm... makin banyak rambut gugur sekarang tau!! Ekonomi makin meleset ni). Tak sampai 1 minit pun nak buang rambut tu.

Senang kan... hanya tukar sedikit cara anda amalkan 2 amalan seharian tu. You will help yourself, your family and all those people around you. Bak kata opah saya "Prevention is better than cure". :)








Wednesday, May 20, 2009

Akhirnya...

A'kum pembaca semua... terima kasih kerana sudi menjenguk blog kami... Actually dah lama berniat nak setup blog, tapi dari hari ke hari, niat tinggal niat. Agak sibuk dengan plumbing job seharian (alhamdulillah... terima kasih atas sokongan pelanggan kami)... akhirnya... hari ni termakbul juga niat kami, dan lahirlah blog sapriplumbing yang tak seberapa ni... Ingat moto kami ye: "SAPRI PLUMBING: Friendly plumbers in town..." Jumpa lagi.