Thursday, May 28, 2009

Prevention... tips kedua...

Saya sambung dengan tips kedua untuk menghalang paip tersumbat. Tips ni, kalau anda amalkan 1 – 2 kali sebulan pun dah mencukupi.

Taburkan 1 sudu kecil serbuk penaik di sinki anda. (Kepada tuan-tuan yang tak pasti cemana rupa serbuk penaik, boleh la tanya kepada puan-puan anda. Puan-puan biasa guna serbuk penaik untuk buat kek/roti). Atau nama saintifik adalah “sodium bicarbonate” (SB). Kalau anda nak tahu, selain sebagai serbuk penaik, SB boleh digunakan untuk meneutralkan alkali dan acid, digunakan untuk perubatan, juga untuk personal hygiene (contoh seperti ubat gigi, deodorant dan membuang kelumumur) dan sebagai bahan pencuci.

Lepas tu, tuang perlahan-lahan 1 cawan cuka/jus lemon di atas serbuk penaik tadi dan biarkan selama ½ jam. Sambil tu, anda jerang air panas. Selepas ½ jam, tuang air panas ke atas campuran serbuk penaik dan cuka/jus lemon dan biarkannya mengalir ke saluran paip. Tindakbalas campuran cuka dan SB itu akan me’nyah’kan segala sisa minyak atau kotoran yang ada di dalam paip, dan air panas itu membawa campuran itu di sepanjang laluan paip tu. Jadi, seluruh paip anda akan dibersihkan. Kenapa air panas? Bukan air sejuk? Ermm… kalau anda nak jawapan saintifik, nanti saya inform lain kali ok. Saya tak habis kaji lagi :). Air panas memang terbukti berkesan untuk hilangkan sisa minyak.

Jadi, kalau anda amalkan tips ni 1 – 2 kali dalam sebulan, Insya Allah, minyak dan sisa sisa lain tak sempat nak jadi penduduk tetap dalam saluran paip anda. Anda cuma perlukan masa 30 – 40 minit, 1 - 2 kali sahaja sebulan. Justeru, Yakinlah! Anda Boleh! :)

No comments:

Post a Comment