Showing posts with label Announcement. Show all posts
Showing posts with label Announcement. Show all posts

Tuesday, September 15, 2009

TANGKI AIR RUMAH KITA ... BERSIHKAH IA??

Nampaknya dah 3 minggu kita berpuasa dan tak lama lagi, Syawal pula menjelang. Di kesempatan ini, kami di Sapri Plumbing ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada anda semua. Berhati-hati di dalam perjalanan anda ok, semoga segalanya berjalan lancar...

Berbalik pada topik kali ni, saya ingin mengajak anda membaca artikel ini. Mungkin dahi anda berkerut2 sekarang ni tengok gambar tangki tu :). Cuba bayangkan pula, sekiranya tangki itu adalah tangki air di rumah anda sendiri, yang menyimpan bekalan air untuk mandi, mencuci pinggan mangkuk atau memasak.

Seeloknya, tangki air dicuci paling kurang setahun sekali. Lebih kerap anda mencucinya... lebih baik, supaya hilang keladak yang berkumpul. Berkemungkinan lumut pun ada di dinding dalam tangki. Sekiranya anda masih menggunakan tangki besi (rumah / bangunan lama), dan anda dapati tangki itu sudah mula berkarat, mungkin dah tiba masanya anda survey tangki-tangki baru yang ada di pasaran. Sayangi kesihatan anda dan keluarga anda :).

***********************************************************************************
P/S: Kepada penduduk di sekitar kawasan Hulu Langat, sila rujuk notis gangguan bekalan air pada 16 September 2009 (Rabu) dan 17 September 2009 (Khamis).

Monday, August 3, 2009

Gangguan bekalan air di Kota Damansara

Dimaklumkan bahawa pihak SYABAS akan menjalankan kerja-kerja 'Zero Pressure Test', dan akan menyebabkan gangguan bekalan air seperti berikut:

Tarikh : 6 Ogos 2009
Masa : 1 pagi - 4 pagi
Kawasan : Kota Damansara Seksyen 7, 8 dan 9


Zero Pressure Test adalah salah satu kaedah yang digunakan untuk mengawal kadar air yang hilang dalam sistem agihan air dari pembekal kepada pengguna. Dalam erti kata lain, jumlah air yang dibekalkan tidak selari dengan jumlah air yang dibilkan.

Semasa gangguan tersebut, anda dinasihatkan menutup injap masuk (stopcock) sebelum meter untuk mengelakkan air kotor masuk ke sistem paip di rumah anda.

Juga diharapkan anda bersiap sedia menyimpan bekalan air secukupnya untuk kegunaan semasa gangguan tersebut.

Anda boleh hubungi PUSPEL : 1800-88-5252 untuk keterangan lanjut.

Saturday, July 4, 2009

Reasonable rate

Ramai yang telefon kami, menerangkan masalah paip mereka, dan minta quotation untuk service charge kami. Secara jujurnya, agak sukar untuk kami menetapkan charge rate berpandukan explanation anda di dalam telefon. Kerana, masalah paip yang kita nampak secara luaran kemungkinan adalah 'the tip of the iceberg'.

Bagi memastikan kami memberi advice yang betul untuk masalah anda, maka kami akan pergi site dan kenalpasti dahulu apa masalah sebenarnya. Sekiranya lokasi anda berada dalam kawasan servis kami (Subang (berdekatan Subang Airport), Kota Damansara, Damansara Damai, Sungai Buloh & Tropicana), anda tak perlu bimbang kerana kami tidak mengenakan charge untuk datang dan check. Kami hanya mengenakan charge untuk plumbing job. Sekiranya selepas checking, anda tak mahu proceed plumbing job tersebut, it's ok with us. Yang utama, dengan mengetahui masalah sebenar, kami dapat mengelakkan dari memberi advice yang salah, dan anda pula tahu tindakan yang patut anda buat seterusnya. Win-win situation, bukan? :)

Untuk lokasi di luar kawasan servis kami, kami mengenakan sedikit charge untuk checking service. Pastinya, charge kami adalah reasonable :)