Tuesday, June 9, 2009

Do It Yourself

Atan bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada plumber yang dah siap repair kerosakan pam toilet di rumahnya. Dalam hatinya berkata, "Hai... melayang duit aku RM150. Padahal bukan susah sangat nak repair. Kalau la aku boleh repair sendiri, kan bagus..."

Anda pernah jadi macam Atan? Actually, anda boleh repair sendiri masalah paip yang simple. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, betul tak? But of course, kalau anda tak tahu pasal plumbing tapi nak cuba repair sendiri, kena la menuntut ilmu dulu. Jangan pula jadi "tikus membaiki labu". Nanti paip tu pula yang repair anda :).

Konsep Do-It-Yourself memang dah popular di negara barat, berbanding di negara kita, konsep ni masih kurang famous. Mungkin kos servis di negara kita masih lagi rendah dan tak perlu fikir panjang untuk dial nombor telefon plumber (contoh: Sapri Plumbing, kami mengenakan caj servis yang amat berpatutan :)). Di negara barat, kos servis agak tinggi, maka mereka pun terpanggil dengan konsep DIY.

Jadi.. kepada pembaca yang suka konsep DIY plumbing, kami syorkan anda baca buku2 ni:
1) Do-It-Yourself For Dummies (Donald R. Prestly)
2) Better Homes and Garden: Plumbing Step By Step (Meredith Corporation)


Ada di bookstore berdekatan. Tapi saya tak pasti berapa harga pasaran


Di samping merujuk pada buku, rujuk juga pada mereka yang tahu tentang plumbing ok. Jangan terjah je... bahaya tu. Selamat membaca & selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment