Tuesday, January 11, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Salam sejahtera pembaca blog semua. Sedar tak sedar dah 6 bulan tak update blog. Kalau orang mengandung, dah nak bersalin dah :). Rasanya belum terlewat untuk kami ucapkan “Selamat Tahun Baru”, semoga tahun 2011 ni lebih memberi kejayaan & keceriaan kepada anda, dan semoga tercapai segala azam anda tahun ni.

Kami mulakan tahun baru dengan projek di Kota Damansara. Kerja-kerja yang terlibat: menukar tangki bilik air, membaiki saluran sinki tersumbat, membaiki saluran tersumbat ke mainhole dan membaiki tabung tandas.

Kerja 1) Menukar tangki bilik air
tangki lama (besi)

selepas tukar tangki baru... tambah shower sekali

tangki baru (poli)

bahagian dalam tangki besi... adakah tangki di rumah anda begini juga? Sila baca post yang terdahulu tentang tangki berkarat


Kerja 2) Membaiki saluran sinki tersumbat
sebelum

selepas... saluran baru di bawah sinki


Kerja 3) Membaiki saluran tersumbat ke mainhole

sebelum... saluran tersumbat di beranda

selepas... terpaksa buat saluran baru kerana tak berjaya mencari punca saluran ke mainhole tersumbat




dalam usaha mencari punca saluran ke mainhole tersumbat


Kerja 4) Membaiki tabung tandas
hanya pelampung dan flush yang kami baiki. Lain-lain masih berfungsi dengan elok (gambar adalah sebelum pelampung dibaiki)


Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada En Fahim (owner rumah) atas support dan kerjasama beliau. Walaupun penat dan badan basah kuyup dengan peluh, kami lega bila akhirnya kerja selesai dengan sempurna dan kami berpuashati bila customer juga berpuashati dengan hasil kerja kami.

bersama En Fahim...

1 comments:

  1. saya memang berpuashati dgn hasil kerja sapriplumbing... terima kasih...

    ReplyDelete