Wednesday, July 13, 2016

Rumah Terbuka Raya

Assalamualaikum...

Di musim raya ni, ramai la yang rancak menganjurkan rumah terbuka kan... sampai kena susun jadual supaya tak tercicir memenuhi jemputan tuan rumah... :)

Kepada tuan rumah, jangan lupa untuk buat persediaan awal... bukan setakat nak fikir juadah apa yang nak dihidang, bahan mentah apa yang nak dibeli, berapa duit raya nak bagi tetamu... tapi tak kurang pentingnya kena fikir sinki dapur berfungsi dengan elok tak? Kalau nampak dah ada tanda-tanda sinki nak tersumbat, eloklah repair cepat... jangan nanti bila tetamu dah ramai, pinggan berlonggok-longgok nak basuh, masa tu pulak sinki tersumbat sampai melimpah dah tak boleh adjust... masa tu kesian kat isteri-isteri anda kan... sorang-sorang kena settle pinggan yang berlonggok tuh... :)

Perkara kedua, kena pastikan juga toilet berfungsi dengan baik... pam flush dalam keadaan elok... kepala paip tak longgar, kalau dibiarkan nanti tercabut kepala paip tuh... saluran air di bilik air tak tersumbat, kalau tak air bergenang di lantai...

Bukan apa, kadang-kadang dalam keadaan kelam kabut nak buat open house ramai yang terlepas pandang perkara macam ni... bila dah ramai tetamu, ada yang dewasa ada yang kanak-kanak, ada yang tua ada yang muda... bermacam ragam... jadi baik kita sediakan payung sebelum hujan ye... :)

Semoga dengan amalan kunjung mengunjung ni akan merapatkan lagi ikatan silaturrahim di antara kita...

Servis kami masih berjalan seperti biasa:

1) Servis sinki tersumbat
2) Saluran ke mainhole tersumbat
3) Paip patah
4) Tekanan air rendah
5) Tukar tangki baru
6) Buat sistem saluran baru
7) Mengecat

Di kawasan:

1) Kota Damansara
2) Sungai Buloh
3) Subang
4) Tropicana
5) TTDI, Bandar Utama
6) Ara Damansara

Hujung minggu kami servis juga kawasan selain dari yang disebut di atas...

No comments:

Post a Comment